FAQ

FAQ

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah sijil yang dikeluarkan oleh kursusmakanan.com diiktiraf oleh KKM?

Ya, sudah tentu. Semua kursus yang dijalankan melalui kursusmakanan.com dikendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sijil yang anda terima sah digunakan untuk tujuan lesen perniagaan (PBT) dan pemeriksaan premis di seluruh Malaysia.

2. Berapa lamakah tempoh kursus ini dijalankan secara online?

Sesi kursus biasanya mengambil masa selama 3 jam sahaja. Ia dilakukan melalui platform video (seperti Google Meet atau Zoom). Setelah tamat sesi dan ujian ringkas, anda akan dianggap telah melengkapkan kursus tersebut.

3. Bagaimana saya akan menerima sijil selepas tamat kursus?

Setelah anda tamat kursus, salinan digital (e-Sijil) akan dihantar segera melalui e-mel atau WhatsApp. Untuk sijil fizikal (hardcopy), pihak kursusmakanan.com akan mengeposnya ke alamat anda dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja (tertakluk kepada pilihan semasa pendaftaran).

4. Bolehkah saya tukar tarikh kursus jika ada kecemasan pada saat akhir?

Boleh. Mengikut polisi kursusmakanan.com, anda dibenarkan menukar tarikh kursus sebanyak satu (1) kali secara percuma, dengan syarat makluman dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh asal. Untuk pembatalan saat akhir, sila rujuk Refund Policy kami.

5. Adakah saya perlu ambil suntikan Typhoid (Suntikan TY2) melalui kursusmakanan.com?

Kursus ini hanya merangkumi latihan teori. Suntikan Typhoid perlu diambil secara berasingan di klinik atau hospital. Namun, sijil dari kursusmakanan.com dan kad suntikan Typhoid adalah dua dokumen wajib yang mesti dimiliki oleh setiap pengendali makanan di Malaysia.

6. Siapa yang wajib menghadiri kursus di kursusmakanan.com?

Mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pemilik premis makanan, pekerja dapur, pembantu gerai, pemandu lori makanan (food truck), dan pengusaha makanan dari rumah (home-based) wajib menghadirinya.

7. Berapa lamakah tempoh sah laku sijil ini?

Sijil latihan pengendali makanan yang dikeluarkan melalui kursusmakanan.com adalah sah seumur hidup. Anda hanya perlu menghadirinya sekali sahaja kecuali jika diarahkan sebaliknya oleh pihak berkuasa (KKM/PBT) atas sebab tertentu.

8. Apa yang berlaku jika sambungan internet saya terputus semasa kursus online?

Jangan risau. Anda boleh cuba masuk semula ke pautan yang sama dengan segera. Jika gangguan berlarutan, sila hubungi admin kursusmakanan.com untuk penjadualan semula ke sesi seterusnya secara percuma.

9. Adakah terdapat peperiksaan atau ujian selepas kursus?

Ya, terdapat ujian ringkas (kuiz) di akhir sesi untuk memastikan pemahaman peserta. Namun, jangan bimbang kerana tenaga pengajar kami akan membimbing anda sepanjang kursus bagi memastikan anda lulus dengan mudah.

10. Bolehkah saya daftar untuk ramai pekerja sekali gus (Group Booking)?

Boleh. kursusmakanan.com menyediakan kemudahan pendaftaran berkumpulan untuk syarikat atau pengusaha kantin. Sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan sesi khas bagi kakitangan anda.

11. Apa peralatan yang saya perlukan untuk kursus online ini?

Anda hanya perlukan telefon pintar, tablet, atau laptop yang mempunyai kamera berfungsi serta capaian internet yang stabil. Kami menggunakan aplikasi mesra pengguna seperti Google Meet atau Zoom.

12. Adakah sijil fizikal akan dipos ke rumah saya?

Ya, bergantung kepada pakej pendaftaran yang anda pilih di kursusmakanan.com. Kami menyediakan khidmat pengeposan sijil asal ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak melalui kurier (J&T/PosLaju).

13. Saya kehilangan sijil asal yang lama, bolehkah saya dapatkan salinan baru?

Boleh. Jika anda pernah mengikuti kursus dengan kursusmakanan.com, kami boleh mengeluarkan salinan (copy) sijil dengan caj pentadbiran yang minima. Sila sertakan nombor kad pengenalan, lokasi dan tarikh kursus anda untuk semakan rekod. Jika hadiri kursus dengan pihak lain, kami tak dapat membantu.

14. Adakah kursus ini dijalankan dalam Bahasa Melayu atau Inggeris?

Secara amnya, kursus di kursusmakanan.com dijalankan dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami. Jika anda memerlukan sesi dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin untuk pekerja asing, sila hubungi kami untuk sesi khas(hanya untuk berkumpulan minima 10 pax).